Saya baru je buat zumba dance workout. Teramatlah baru, peluh pun tak hilang ni. Memang saya suka sangat dengan zumba ni since saya dah tak aktif untuk pergi ke Gym. Jadi nak menghilangkan perasaan rasa gemuk ni, saya cuba buat zumba dekat rumah je. Instructor pulak saya upah Youtube untuk ajarkan saya. hihi
![]() |
Macam zumba gerak zapin je kan? besstttt |
Harini zumba saya hanya bertahan 30 minit je. Buat menari sorang-sorang. Biasa ada geng lagi best. Even tengok dekat youtube je pon, still mengeluarkan peluh dan rasa sihat je. So saya nak kongsi siket la apa itu zumba ni..
Zumba berasal dari perkataan Zum Zum dalam bahasa Kolumbia yang membawa maksud "gerak cepat". Ia makin berkembang sejak 2001 lagi sampai la ke Mlaysia. Bagi saya ia boleh dikatakan olahraga seperti senam erobik, jogging dan lain-lain. Walaupun Zumba terkenal dengan lagu latar belakang yang ala-ala latin dan salsa ia amat menyeronokkan. Tapi kalau dah pandai siket, kita boleh cari Zumba Hindustan's Song. Saya lagi suka hindustan song sebenarnya. hihi
![]() |
Wanna be my Chammak Challo o oo oh |
Kalau korang try masuk kelas Zumba, mereka akan ajar secara detail especially untuk beginner. Kerana zumba ini ada 2 kategori iaitu 70% tarian, 30% fitness. Jadi siapa yang dah biasa buat tarian mungkin dah biasa dan senang nak catch up step dancing tu. Tapi kalau yang tak biasa mungkin akan agak kayu siket lah hihi. Tapi takpe.. Boleh ajarkan? ;)
![]() |
Zumba dekat taman |
Seronok dengan zumba ni, selain tarian yang menggerakkan semua otot, ia juga boleh membuatkan orang happy. Kerana kebiasaan zumba menggunakan lagu rancak latin yang membuatkan orang bersungguh dan sentiasa tersenyum semasa zumba. Saya pon terikut-ikut dengan instructor yang senyum je. Dalam hati fikir juga, insturctor dalam Youtube ni memang stamina tinggi ni.
Korang yang berminat nak join Zumba area Shah Alam cuba klik link ni.
Basic step untuk lagi hindustan
Pretty woman.. ;D
Chammak Challo song
Kalau nak lebih lagi boleh je search dekat Youtube eh?
Hubungi saya di :
Facebook : Mashidayu Mohyi
No tel : 017 - 880 5272
SID No : 1208072
Thanks for reading ;)
wahhh...!! menariknya..!! saya pun minat Bollywood..
ReplyDeleteesok nak try la kat umah... hehehehehe..
sorang2 berzumba tak sengan sangat... :p
hehehe memang best! bila berpeluh baru sihat sket kan?? jom follow memfollow
ReplyDelete