Thursday, August 20, 2015

Pengalaman Interview Sebagai Account Assistant

Pernah pergi interview di salah sebuah pasar borong  di NSK Pasar Borong yang berada di Selayang. Perasaan masa nak pegi interview tu as an Account Assistant agak best lah. Sebab nak earn pengalaman kat retail company besar camni susah jugak nak dapat kan. hihi Sesi interview tu berjalan dengan lancar, dan i interviewed by Head Of Account Department tu. 





Mr. Lim ni best tau. Dia bagi banyak option untuk saya pilih. Whether nak pilih di bahagian Human Resource buat Payroll, Account Department buat Account Receivable atau Account Payable, ATAUPUN Finance Department buat cash flow. Dan saya pilih untuk bekerja dibawah Account Department ;) hihi. So korang yang nak pegi interview yang ada related dengan Account, better lah prepare korang punya knowledge about Journal Entry, general lejar. Itulah basic yang akan ditanya on the spot time tu jugak. Ok (saja nak takutkan korang haha)


Kalau yang dah lama kerja accounting firm, dah biasa buat akaun dan audit lagi baik. Mesti kacang godok je nak buat akaun 1 company je. haha. And korang pon pot pet la pasal sistem yang korang pakai sebelum ni. Contoh macam UBS (paling famous), MYOB, SQL, even EXCELL pon. Dan jangan lupa study pasal GST k. 







Kalau yang nak interview bahagian Payroll, kene la study banyak pasal Rate Overtime, EPF, SOCSO bagai. 


So we discussed about half an hour. Lama juga tu. Dia nak negotiate salary tu. Bukan banyak pon saya minta haha. Lagi-lagi  saya masa tu pengalaman Accounting firm pon cuma setahun. Lepas interview, balik la rumah dengan perasaan seronok, dan harap-harap dapatlah kerja tu. Saya percaya bekerja dengan syarikat retail macam NSK ni mampu challange diri kita dan dapat belajar banyak benda tau. 


Jadi seminggu lepas interview di NSK, Mr.Lim call semula. So I'VE GOT THE JOB!! haha happy nya Allah saja yang tahu. Best sangat... Dan dia suruh lapor diri untuk masuk bekerja pada 1 Oktober 2014. Offer letter semua dia suruh datang office untuk ambil.


So apa-apa saja pekerjaan yang korang comfirm dah dapat, pastikan offer letter tu korang dah sign. Jangan kornag pergi kerja tapi offer letter tak terima lagi. Payah pulak nanti, tiba-tiba kene buang, tak ke sia-sia je kerja yang korang dah buat tu. So be alert k dengan benda-benda penting macam tu. Kalau boleh push bos, atau pon HR Department untuk keluarkan offer letter. Even u kerja Permanent atau temporary. Mesti ada ;)


Ok, begitulah pengalaman saya pergi interview sebagai Account Assistant.. Nanti saya cerita lagi kalau ada interview tempat lain pula. bye bye


*kacang godok adalah kacang rebus ye

No comments:

Post a Comment