Thursday, February 18, 2016

Bercuti di Pulau Pangkor

Andai kata setiap tahun korang selalu bercuti, tiba-tiba tahun ni tak pergi kemana-mana pulak. Rasa weird kan? Jadi tahun ini family sebelah suami bercadang untuk bercuti ke Pulau Pangkor. Kakak (Cik Siti Norhayati) selaku ketua projek yang banyak menyusun jadual dan iterary profram sepanjang disana.

Apa yang penting ada plan. Ok, jangan pergi kamana-mana tanpa plan. Bukan korang nak putus cinta pun haha. Jadi kali ini kami bertolak hari Sabtu tengahari lebih kurang jam 12 tengahari selepas mak mertua den balik dari Marhaban. Kami naik 2 kereta je.. Lagi 2 kereta bergerak terus dari KL.


Rasa malas pulak nak tulis pepanjang. Lets make it easy for u with points. hikhik


HARI 1 (SABTU)

  1. 2.00 pm - Naik feri dari Jeti Marina (dekat dengan Teluk Batik)
  2. 2.30 pm - Sampai ke Jeti Pulau Pangkor dan segera mendapatkan teksi untuk hantar kami ke hotel. Hotel kami dekat LOT 10. Orang kata kat Pantai Nipah lagi best. Banyak facilities.
  3. 3.00 pm - sampai di hotel dan berehat-rehat sambil makan capati. Mak bawak bekal capati.
  4. 5.00 pm - Kami beramai-ramai turun ke pantai untuk mandi laut dan nak tengok sunset!
  5. 7.00 pm - selesai mandi. Bergegas naik ke hotel sebab nak berebut bilik air
  6. 9.00 pm - Keluar ke untuk mencari makan malam. Agak kesedihan, kerana terlalu ramai orang waktu perayaan ni, makan kami terpaksa berjalan jauh sedikit untuk mencari makanan. Tapi, makanan yang akhirnya kita jumpa sangat sedap ok! Worth it lah!
  7. 12.00 am - Baru selesai makan, dan kembali pulang ke hotel.





















HARI 2 (SELASA)

Hari ke dua hari Ahad, kami mulakan hari cuti selasa kami dengan bangun pagi-pagi solat. Dan kemudian kami membahagikan kepada 2 bahagian. Separuh untuk pergi cari breakfast, dan separuh lagi bawa kanak-kanak mandi.

So saya, suami dan beberapa adik beradik yang lain pergi cari breakfast. So kami pergi semula ke area restoran malam tadi. Wahh!! walaupun jauh tapi seronok sebab pagi-pagi kat sana teramatlah sejuk. So dont worry k.

  1. 8.00 am - Keluar breakfast. Hotel kami tak sediakan sarapan sebab more kepada apartment, bukan hotel.
  2. 9.00 am - Ke pantai bermandi manda. Tapi air kelihatan surut. Sempat juga naik banana boat dan sofa boat. (Banana boat ni sorang RM 15)
  3. 11.00 am - Pulang ke hotel, bersiap untuk check out.
  4. 1.00 pm - Menghubungi teksi sewa. Sehari kami sewa RM 100. So pakcik teksi bawa kami jenjalan.
  5. Antara tempat jalan-jalan yang menarik adalah Replika Tembok Besar Negeri China, Kota Belanda, Tempat shopping makanan laut, Galeri Pangkor dan road trip sekitar Pangkor.

























HAHAHA rasa lawak pulak, sebab kali ini nak tulis pun rasa penat pulak. sebab terlalu banyak cerita dan gambar yang nak letak. So korang tengok lah kisah saya thru gambar-gambar ni k. If anything nak tau bajet ke, hotel ke, contact number ke.. boleh wassap saya.

xoxo!

Thanks for reading ;)


Hubungi saya di :
Facebook : Mashidayu Mohyi
No tel : 017 - 880 5272
SID No : 1208072

1 comment: