OK la, saya sedar saya dah nak kawen dan nak menikah tak lama lagi. Hari ni 20 Ogos 2015. Dan perancangan saya, tunang dan family nak buat majlis pada 2 Oktober 2015. So ada about sebulan lebih je. Seram tak korang. Saya memang seram habis. Sebab kursus kahwen pon tak buat lagi. Esok baru plan nak buat. Ada lagi sebulan je korang... camne ni nak pikiaq ni pikiaq pakai apa lagi dah ni.
Takpe ok. Selalu dah tengok pasangan-pasangan yaang viral dekat facebook tu, elok je mereka bernikah dan bersanding buat majlis dengan preparation yang jimat dan murah. U guys pon tahu kan. Tahun 2015 ni kita semua mestilah berjimat-cermat sedikit. Baiklah kita spend duit yang kita dah kumpul itu untuk perkara lain. Contohnya honeymoon! hihi
Harini saya nak share siket persediaan mental saya mengenai persediaan fizikal. Fizikal tak start lagi sebab kene plan dulu baru boleh bergerak. Persediaan mental ni haruslah berhubung kait dengan :
Sediakan checklist.
Buat checklist dalam word (letak table siap) atau excell. Then list penting dalam checklist tu adalah :
- Kolum Tentatif Majlis
- Kolum Budget
- Kolum Person In Charge
- Jumlah jemputan
- Menu Utama
- Menu sampingan (jika ada)
Mula google & research
Rajin-rajinkan reseach dan google things yang korang tak biasa tahu. Research ni adalah untuk korang alert dengan harga. So boleh la bajet mana yang perlu dan tak perlu. Tapi pastikan! korang jangan terus book ataupun beli (contoh baju, beg, kasut) sebab korang juga perlu pergi ke butik ataupun kedai yang berhampiran rumah korang. Sebabnya, kadang-kadang kalau korang pakai book je, kos penghantaran tu bukan murah tau. Kalau katering je dah kene tambah dekat RM 500 . Jadi, main point yang korang kene cari dalam google adalah :
- Kadar Mas kawen ikut negeri
- Harga katering - ikot jemputan
- Harga pelamin & kanopi - ikut tema kalau ada
- Harga Goodie Bag
- Harga rate Homestay - untuk family yang jauh, dan belah pihak sana
- Harga baju nikah & sanding - boleh sekalikan, lebih jimat
Rasanya ni je yang paling penting untuk majlis perkahwinan ni. Tapi kalau korang nak survey bende lain pon boleh. Contoh :
- Candy booth
- Aiskrim booth
- Harga baju sedondon 30 orang
- Make up artis Siti norhaliza
- dll haha
Tapi kalau nak best, jimat lagi best! jangan membazir. Tak baik.. hihi
Start Contact
So, bila korang dah survey tu, ambil la no phone, no contact mereka. Jangan tak ambil pula. Korang boleh start whatsapp, call atau text mereka. Jangan la tunjuk sangat korang nak tempah dari diorang. Niat asal korang hanya nak survey dan nak tau harga je tau. Bukan serius nak place order time tu jugak. So janganlah korang bagi harapan kat seller tu.. Kesian pulak diorang. hihi ;)
Start Assignkan Tugas
Kalau korang ada ramai adikberadik, kazen kazen yang sporting habis dan rela memberikan pertolongan, apa salahnya minta tolong mereka. Boleh bahagikan tugas seperti :
Start Contact
So, bila korang dah survey tu, ambil la no phone, no contact mereka. Jangan tak ambil pula. Korang boleh start whatsapp, call atau text mereka. Jangan la tunjuk sangat korang nak tempah dari diorang. Niat asal korang hanya nak survey dan nak tau harga je tau. Bukan serius nak place order time tu jugak. So janganlah korang bagi harapan kat seller tu.. Kesian pulak diorang. hihi ;)
Start Assignkan Tugas
Kalau korang ada ramai adikberadik, kazen kazen yang sporting habis dan rela memberikan pertolongan, apa salahnya minta tolong mereka. Boleh bahagikan tugas seperti :
- Abang Long - setelkan Katering
- Abang Ngah - setelkan Kanopi
- Kak Lang - setelkan jemputan dll
Ok. ni contoh je. Korang buat korang punya ea. hihi Senang tau bila dah assign tugas memasing. In Sha Allah segalanya akan lebih smooth. Dan yang paling penting badget korang pon akan tersusun dan korang tak STRESS!! haha
Jadi itulah antara persediaan mental yang perlu korang siapkan. Jangan stress, tertekan, deppress atau apa saja. Rilex je. Chill ;)
Doakan saya juga berjaya mengharungi majlis perkahwinan saya dalam masa sebulan je lagi . Bye Bye
No comments:
Post a Comment